1.
Memahami Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang
menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama.
Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya
menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan
tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan
cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit. Penggunaan tenaga yang
sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam
mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan
menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat
yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.
2. Mengapa
Kecekapan Tenaga penting?
Penggunaan tenaga secara cekap akan
menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk
tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga /
elektrik yang lebih rendah. Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah:
A.
Kos
Pengurangan kos tenaga akan
membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan meningkatkan
keuntungan yang tinggi. Kesan positif ke atas produktiviti dan daya
saing.
B.
Perlindungan alam sekitar
Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih. Kecekapan
tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG
dalam jangka masa pendek
C.
Keselamatan bekalan
Kurang loji jana kuasa,
penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan. membendung
pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan
bekalan. Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api
diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang
dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli
seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.
Penjimatan tenaga tidak semestinya
diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun,
kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan tenaga dan
mengurangkan kos operasi.
A.
Kecekapan tenaga
Ini dapat dicapai dengan aplikasi
teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab
lain-lain. Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal
pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk
industri.
B.
Penjimatan tenaga
Ini dicapai melalui penggunaan
tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila
tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain. Ia tidak
melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja.
Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.
Maklumat bermanfaat....terima kasihh
ReplyDelete