Tuesday, June 6, 2017

APAKAH KECEKAPAN TENAGA?

 Kecekapan tenaga(elektrik) bermakna  anda menggunakan tenaga elektrik  yangminima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga  bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati  kemudahan yang sama. Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga  juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran. Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.  Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.  Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik. 

No comments:

Post a Comment