> Air kosong merupakan bahan kedua terpenting di
dalam badan kita selepas oksigen.
>Setiap manusia mengandungi 55 peratus hingga 75 peratus
air. Air sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran
makanan yang dimakan.
>Selain itu, air juga membantu perkumuhan bahan buangan
dari usus dan buah pinggang.
>Fungsi lain bagi air dalam tubuh kita ialah untuk
menyelaraskan suhu badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan
membran.
>Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air. Darah
merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke
seluruh tubuh.
>Air penting untuk tubuh badan
>Manakala rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir
keseluruhannya adalah air. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7
liter air liur setiap hari.
>Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan
normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia
berfungsi secara optimum.
>Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh
mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca
persekitaran.
No comments:
Post a Comment