Thursday, March 31, 2016

AIR KEPADA TUMBUHAN




1. sebagai senyawa utama pembentuk protoplasma,
2. sebagai senyawa pelarut bagi masuknya mineral-mineral dari larutan tanah ke tanaman dan sebagai pelarut mineral nutrisi yang akan diangkut dari satu bagian sel ke bagian sel lain,
3. sebagai media terjadinya reaksi-reaksi metabolik,
4. sebagai rektan pada sejumlah reaksi metabolisme seperti siklus asam trikarboksilat,
5. sebagai penghasil hidrogen pada proses fotosintesis,
6. menjaga turgiditas sel dan berperan sebagai tenaga mekanik dalam pembesaran sel,
7. mengatur mekanisme gerakan tanaman seperti membuka dan menutupnya stomata, membuka dan menutupnya bunga serta melipatnya daun-daun tanaman tertentu,
8. berperan dalam perpanjangan sel,
9. sebagai bahan metabolisme dan produk akhir respirasi, serta
10. digunakan dalam proses respirasi.

        Kehilangan air pada jaringan tanaman akan menurunkan turgor sel, meningkatkan konsentrasi makro molekul serta senyawa-senyawa dengan berat molekul rendah, mempengaruhi membran sel dan potensi aktivitas kimia air dalam tanaman (Mubiyanto, 1997). Peran air yang sangat penting tersebut menimbulkan konsekuensi bahwa langsung atau tidak langsung kekurangan air pada tanaman akan mempengaruhi semua proses metaboliknya sehingga dapat menurunkan pertumbuhan tanaman.

AIR KEPADA HAIWAN



  • Melarutkan bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.



• Melarutkan bahan buangan  seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan.
• Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing. Penyejatan  peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
• Mengawal kepekatan darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
• Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.

Monday, March 7, 2016

PEMANFAAT AIR DI DUNIA

Air yang bisa kita ketahui sangat banyak manfaat dan kegunaanya, contoh yang paling sederhana saja adalah tubuh kita, setiap hari segala aktifitas kita tidak lepas dari yang namanya air, seperti minum, mandi, masak, dsb. Ternyata pemanfaatan air sangat luas dan tidak menyangkut kebutuhan pokok manusia saja, khususnya di dunia Industri.


                                                  Plant pemurnian air di sebuah industri
Kali ini saya akan membahas pemanfaatan air di dunia industri secara umum, tidak hanya di dunia LNG saja.

1. Pencucian
Pencucian menggunakan air sebagai media pemindahan kotoran atau impuritis, contoh yang paling sering kita temui adalah industri rumah tangga seperti loundry,
untuk industri skala menengah kita bisa lihat pada industri mebel atau furnitur, air digunakan untuk media penangkap cat pada ruang pengecatan furniture.
Untuk skala besar seperti pabrik misalnya air untuk media pencuci biasanya terdapat pada lab pengujian produk, hanya saja air yang digunakan disini telah dimurnikan terlebih dahulu untuk menghilangkan mineral - mineral yang dapat mengganggu pada saat pengujian lab, contoh air pencuci pada lab yaitu Aquadest dan Aquabidest

                                                    Aquadest untuk pencuci peralatan lab

2. Bahan Baku
Air digunakan sebagai bahan baku berarti memanfaatkan air untuk dijadikan atau dicampurkan ke produk yang akan dijual. Contoh pemanfaatan air sebagai bahan baku yaitu pada kilang petrokimia pembuatan Amonia, air disini dimurnikan terlebih dahulu lalu di ubah menjadi steam oleh boiler lalu direaksikan dengan gas metan pada suatu reformer dengan kondisi temperatur yang tinggi untuk mendapatkan gas hidrogen dan karbon dioksida untuk kemudian diproses lebih lanjut hingga menjadi Amonia.

3. Pendinginan
Pendinginan menggunakan air berarti menggunakan air sebagai penerima atau penampung energi panas karena kalor laten dari air sendiri cukup besar dan cukup efisien untuk digunakan sebagai media pendingin karena dengan massa yang relatif kecil saja sudah bisa menerima panas yang besar. Contoh penggunaan air sebagai pendingin di industri menengah adalah seperti di perkantoran yang menggunakan AC Central atau HVAC, HVAC yang sudah saya bahas dalam postingan sebelumnya menggunakan refrigerant sebagai media pendingin, tetapi untuk kantor skala besar atau gedung gedung bertingkat biasanya menggunakan HVAC dengan pendingin air.
untuk industri skala besar yaitu sebagai cooling water pada peralatan peralatan di kilang dan sebagai fluida pendingin di Heat Exchanger dan cooling water


                                                      Cooling Tower pada reaktor nuklear

4. Steam
Steam disini memanfaatkan air yang diubah menjadi steam yang mempunyai energi panas dan bertekanan tinggi. Steam dalam dunia industri skala besar sangat banyak kegunaannya, seperti: penggerak turbin, sebagai fluida panas pada heat exchanger.



5. Power Plant
Air yang dimanfaatkan pada industri pembangkit listrik biasanya yang dimanfaatkan adalah energi kinetiknya, aor biasanya ditampung di sebuah dam dengan level atau ketinggian tertentu, lalu diterjunkan kebawah sehingga air mempunyai energi kinetik yang cukup untuk menggerakkan turbin air yang tergubung dengan generator listrik
                                                       Pembangkit listrik tenaga air

dan masih banyak lagi pemanfaatan air lainnya, sekian posting kali ini semoga bermanfaat bagi pembaca, jika pembaca ingin menambahkan pemanfaatan lainnya jangan sungkan untuk memberikan masukan di kolom komentar.

Friday, February 19, 2016

KAEDAH PENGAWALAN PENCEMARAN AIR DAN CARA MEMULIHKAN AIR YANG TERCEMAR

Kaedah Pengawalan Pencemaran Air
a) Pencegahan
- Kitar semula bahan buangan
- Merawat kumbahan
- Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur
Perawatan kumbahan kediaman


b) Kuatkuasa Undang-undang
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengandungi undang-undang, peraturan dan garis panduan berkenaan pencemaran air
Pertumbuhan alga
c) Pemantauan
- Pengawasan udara dan air untuk tumpahan minyak atau pembuangan sisa di kawasan larangan
Tumpahan Minyak

Pembersihan Air
Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

a) Penurasan Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.

Penurasan

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai
Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut


b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.


Pendidihan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut


c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

Pengklorinan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut


d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.


Penyulingan


Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut
Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan



Cara Penjimatan Penggunaan Air
a) Mandi dengan air pancuran 
b) Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau menyapu sabun pada badan 
c) Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang mengalir dari pili air 
d) Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldi
e) Pasang tangki curahan air tandas dwisistem yang menggunakan curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najis
f) Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh 
g) Baiki pili air atau paip yang bocor 
h) Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman 

PENCEMARAN AIR




>Air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hampir semua aktiviti yang dilakukan memerlukan air. Oleh itu, air merupakan keperluan asas yang penting.Pada masa dahulu, air bersih boleh diperolehi dari sungai dan tasik.Namun malang sekali, punca air bersih semakin berkurangan dan amat sukar diperolehi kerana berlakunya pencemaran air. Air kini perlu dirawat dulu sebelum selamat digunakan.

>Pencemaran air berlaku adalah hasil daripada aktiviti manusia sendiri. Antaranya ialah pembuangan sampah sarap dan bahan kumbahan secara tidak bermoral ke dalam sungai. Sampah sarap dan bahan kumbahan dari kawasan perbandaran telah menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini menyebabkan air tercemar dan tidak selamat digunakan.

>Penebangan pokok-pokok di hutan untuk tujuan komersial juga menyumbangkan pencemaran air. Pokok-pokok ditebang untuk membuka penempatan baru untuk kediaman manusia dan mendirikan kilang. Akibatnya, penerokaan tersebut menyebabkan hakisan tanah dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetakkan lagi paras air sungai dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat.

>Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai menyumbang ke arah pencemaran air. Sikap yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah iaitu membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.Bahan-bahan kimia yang dibuang itu akan membunuh hidupan akuatik seperti ikan dan tumbuhan laut. Secara tidak langsung,sumber-sumber protein semakin berkurangan.

>Pembuangan baja dan racun perosak kimia dari kawasan pertanian juga menyebabkan pencemaran air. Air hujan akan membawa baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani ke dalam sungai. Bahan-bahan beracun ini akan membunuh hidupan air dan juga mengakibatkan kandungan oksigen di dalam sungai dan seterusnya menjejaskan ekosistem.

>Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran air semasa supaya tidak menjadi lebih serius maka langkah-langkah yang wajar harus diambil. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang merawat.Tangki takungan bawah tanah dapat mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik terus ke dalam sistem perparitan dan juga boleh merawat air dengan menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air. Selain itu, kerajaan juga harus memperuntukan sejumlah wang supaya sistem perparitan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perindustrian serta pengusaha kedai makanan harus dibina saluran paip khas supaya bahan buangan dapat dikumpulkan di dalam tangki tangkungan tersebut sebelum disalurkan ke dalam sistem perparitan.

>Selain itu, untuk mengatasi masalah sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, pemasangan perangkap sampah adalah perlu. Perangkap sampah harus dipasang di tempat-tempat yang strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap dan juga memudahkan pengurusan penyelenggaran.

>Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu satu atau dua kali sebulan. Dengan cara in, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air serta tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

>Untuk mengatasi masalah sikap masyarakat yang bersikap tidak peduli, kempen kesedaran harus diadakan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, sahabat alam, kempen kitar semula dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

>Pada hari ini, media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar.

>Malaysia merupakan sebuah negara yang maju namun kepesatan pertumbuhannya itu menyebabkan masyarakat tidak menyedari kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Oleh itu, kita harus menjalankan kewajipan kita dalam menjaga alam sekitar dengan baik.

Thursday, February 18, 2016

KEPENTINGAN AIR KEPADA TUBUH BADAN MANUSIA

> Air kosong merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen.
>Setiap manusia mengandungi 55 peratus hingga 75 peratus air. Air sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
>Selain itu, air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
>Fungsi lain bagi air dalam tubuh kita ialah untuk menyelaraskan suhu badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran.
>Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air. Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh.
>Air penting untuk tubuh badan
>Manakala rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari.
>Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum.
>Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.


FAKTOR PENCEMARAN AIR


INDUSTRI
 

>Kumbahan daripada isi rumah domestik, kilang dan bangunan .
>Kumbahan yang dirawat di loji rawatan air selalunya dibuang ke laut.
>Kumbahan boleh menjadi lebih bermasalah apabila bahan kimia dan bahan-bahan industri disalurkan ke sungai, laut
>Lambakan sisa pepejal dan sampah oleh manusia   dalam sungai, tasik dan lautan.
>Barangan sampah termasuk kadbod, makanan, aluminium , plastik, kaca, dan sebagainya.


MINYAK


>sisa Perindustrian dari kilang-kilang yang disalurkan  ke dalam sungai, mencemarkan air dengan bahan kimia seperti plumbum dan petrokimia.
>Pencemaran Minyak yang disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal tangki dan minyak daripada perjalanan kapal.
> Minyak tidak larut dalam air dan membentuk kumpulan minyak yang tebal.


SEKTOR PERTANIAN

>Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia seterusnya bahan-bahan ini akan di alirkan kedalam sungai kerana air merupakan salah satu cara mereka untuk melupuskannya. 


>Selain itu, penggunaan bahan baja dan racun untuk membunuh serangga punca pencemaran air kerana bahan tersebu tmenghalang penembusan cahaya matahari kebawah permukaan air dan mengakibatkan tumbuhan dan hidupan didalam air sepert ikan, ketam, udang akan mati dan pupus.

BAHAN BUANGAN DAN RADIOAKTIF.
>Bahan buangan radioaktif daripada makmal dan hospital yang mengandungi sisa toksik yang larut didalam air dibuang kedalam air untuk melupuskannya.



PEMBAKARAN API FOSIL


>Pembakaran bahan api fosil ke udara menyebabkan pembentukan zarah berasid di dalam atmosfera. 
>zarah-zarah ini bercampur dengan wap air dan menghasilkan hujan asid.
>Peningkatan dalam suhu air adalah disebabkan oleh pemanasan global dan tumbuhan haba yang menggunakan tasik dan sungai-sungai untuk menyejukkan peralatan mekanikal.


KEPENTINGAN AIR

Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang bernyawa. oleh di sebabkan itu, kita sebagai manusia seharusnya memelihara sumber utama kita untuk mengelakkan ianya dari tercemar dan menjejaskan kualitinya.


>Air merupakan sumber minuman kepada manusia untuk meneruskan hidup. apabila tubuh badan kekurangan air ianya mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu kesan dari dehidrasi.


>kegunaan air dalam kehidupan manusia juga adalah membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran  dan buah buahan.  


>haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk mereka meneruskan kehidupan dan tanpa air mereka akan mati dan layu.


>digunakan untuk menyiram tanaman. contohnya mengunakan air untuk menjirus pokok bunga di halaman rumah.


>selain itu, air di gunakan dalam industri untuk mencuci bahan mentah untuk menghasilkan produk industri.


>di samping itu, air di gunakan dalam industri petanian untuk proses penyiraman tanaman agak ianya subur.


DEFINISI AIR


Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisismenguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anodGas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 104.45 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.

Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologipersekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.

Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.


Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.