Tuesday, June 6, 2017

MEMAHAMI KEPENTINGAN KECEKAPAN TENAGA

     1.       Memahami Kecekapan Tenaga

Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit. Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.

  2. Mengapa Kecekapan Tenaga penting?

 Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga / elektrik yang lebih rendah. Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah:

A.      Kos
 Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan   akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.  Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.

B.      Perlindungan alam sekitar  

Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global. Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih. Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek

C.      Keselamatan bekalan

 Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan. membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan. Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.

      3.        Adakah kecekapan tenaga sama dengan penjimatan tenaga?
 Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi.

A.      Kecekapan tenaga

 Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab lain-lain. Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri.

B.      Penjimatan tenaga


 Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain. Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.


MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA DENGAN CEKAP?

 1. Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan arang batu)  yang:
       >     bekalannya semakin susut         
      >    kos yang semakin tinggi  
      >   menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan                       manusia dan alam sekitar.
 2. Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan kita untuk generasi      akan datang;

 3. Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.  
                                   

 Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.  Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam  menjimatkan tenaga.  Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi. Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin. Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna  membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain. Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan  taraf 1 hingga 5 bintang. Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan. Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga.   Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan.

         

APAKAH KECEKAPAN TENAGA?

 Kecekapan tenaga(elektrik) bermakna  anda menggunakan tenaga elektrik  yangminima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga  bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati  kemudahan yang sama. Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga  juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran. Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.  Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.  Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik. 

PENGENALAN KECEKAPAN TENAGA

                                                 
            Image result for kecekapan tenaga
                               

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah. Anda seharusnya terus menikmati  manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta  dapat membantu  memelihara alam sekitar. Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah  dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan hidup anda. 

Thursday, March 31, 2016

AIR KEPADA TUMBUHAN




1. sebagai senyawa utama pembentuk protoplasma,
2. sebagai senyawa pelarut bagi masuknya mineral-mineral dari larutan tanah ke tanaman dan sebagai pelarut mineral nutrisi yang akan diangkut dari satu bagian sel ke bagian sel lain,
3. sebagai media terjadinya reaksi-reaksi metabolik,
4. sebagai rektan pada sejumlah reaksi metabolisme seperti siklus asam trikarboksilat,
5. sebagai penghasil hidrogen pada proses fotosintesis,
6. menjaga turgiditas sel dan berperan sebagai tenaga mekanik dalam pembesaran sel,
7. mengatur mekanisme gerakan tanaman seperti membuka dan menutupnya stomata, membuka dan menutupnya bunga serta melipatnya daun-daun tanaman tertentu,
8. berperan dalam perpanjangan sel,
9. sebagai bahan metabolisme dan produk akhir respirasi, serta
10. digunakan dalam proses respirasi.

        Kehilangan air pada jaringan tanaman akan menurunkan turgor sel, meningkatkan konsentrasi makro molekul serta senyawa-senyawa dengan berat molekul rendah, mempengaruhi membran sel dan potensi aktivitas kimia air dalam tanaman (Mubiyanto, 1997). Peran air yang sangat penting tersebut menimbulkan konsekuensi bahwa langsung atau tidak langsung kekurangan air pada tanaman akan mempengaruhi semua proses metaboliknya sehingga dapat menurunkan pertumbuhan tanaman.

AIR KEPADA HAIWAN



  • Melarutkan bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.



• Melarutkan bahan buangan  seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan.
• Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing. Penyejatan  peluh akan menyejukkan permukaan kulit.
• Mengawal kepekatan darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.
• Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.

Monday, March 7, 2016

PEMANFAAT AIR DI DUNIA

Air yang bisa kita ketahui sangat banyak manfaat dan kegunaanya, contoh yang paling sederhana saja adalah tubuh kita, setiap hari segala aktifitas kita tidak lepas dari yang namanya air, seperti minum, mandi, masak, dsb. Ternyata pemanfaatan air sangat luas dan tidak menyangkut kebutuhan pokok manusia saja, khususnya di dunia Industri.


                                                  Plant pemurnian air di sebuah industri
Kali ini saya akan membahas pemanfaatan air di dunia industri secara umum, tidak hanya di dunia LNG saja.

1. Pencucian
Pencucian menggunakan air sebagai media pemindahan kotoran atau impuritis, contoh yang paling sering kita temui adalah industri rumah tangga seperti loundry,
untuk industri skala menengah kita bisa lihat pada industri mebel atau furnitur, air digunakan untuk media penangkap cat pada ruang pengecatan furniture.
Untuk skala besar seperti pabrik misalnya air untuk media pencuci biasanya terdapat pada lab pengujian produk, hanya saja air yang digunakan disini telah dimurnikan terlebih dahulu untuk menghilangkan mineral - mineral yang dapat mengganggu pada saat pengujian lab, contoh air pencuci pada lab yaitu Aquadest dan Aquabidest

                                                    Aquadest untuk pencuci peralatan lab

2. Bahan Baku
Air digunakan sebagai bahan baku berarti memanfaatkan air untuk dijadikan atau dicampurkan ke produk yang akan dijual. Contoh pemanfaatan air sebagai bahan baku yaitu pada kilang petrokimia pembuatan Amonia, air disini dimurnikan terlebih dahulu lalu di ubah menjadi steam oleh boiler lalu direaksikan dengan gas metan pada suatu reformer dengan kondisi temperatur yang tinggi untuk mendapatkan gas hidrogen dan karbon dioksida untuk kemudian diproses lebih lanjut hingga menjadi Amonia.

3. Pendinginan
Pendinginan menggunakan air berarti menggunakan air sebagai penerima atau penampung energi panas karena kalor laten dari air sendiri cukup besar dan cukup efisien untuk digunakan sebagai media pendingin karena dengan massa yang relatif kecil saja sudah bisa menerima panas yang besar. Contoh penggunaan air sebagai pendingin di industri menengah adalah seperti di perkantoran yang menggunakan AC Central atau HVAC, HVAC yang sudah saya bahas dalam postingan sebelumnya menggunakan refrigerant sebagai media pendingin, tetapi untuk kantor skala besar atau gedung gedung bertingkat biasanya menggunakan HVAC dengan pendingin air.
untuk industri skala besar yaitu sebagai cooling water pada peralatan peralatan di kilang dan sebagai fluida pendingin di Heat Exchanger dan cooling water


                                                      Cooling Tower pada reaktor nuklear

4. Steam
Steam disini memanfaatkan air yang diubah menjadi steam yang mempunyai energi panas dan bertekanan tinggi. Steam dalam dunia industri skala besar sangat banyak kegunaannya, seperti: penggerak turbin, sebagai fluida panas pada heat exchanger.



5. Power Plant
Air yang dimanfaatkan pada industri pembangkit listrik biasanya yang dimanfaatkan adalah energi kinetiknya, aor biasanya ditampung di sebuah dam dengan level atau ketinggian tertentu, lalu diterjunkan kebawah sehingga air mempunyai energi kinetik yang cukup untuk menggerakkan turbin air yang tergubung dengan generator listrik
                                                       Pembangkit listrik tenaga air

dan masih banyak lagi pemanfaatan air lainnya, sekian posting kali ini semoga bermanfaat bagi pembaca, jika pembaca ingin menambahkan pemanfaatan lainnya jangan sungkan untuk memberikan masukan di kolom komentar.